Selasa, 31 Julai 2018

LEMBAM (SLOW LEARNER)


DEFINISI

Slow learner atau lembam ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau di sekolah biasa. Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah. Namun begitu, permasalahan ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental.
Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak yang didefinasikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta adakalanya mempamerkan masalah/ kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial (Rathus, 2004).


CIRI-CIRI KANAK-KANAK LEMBAM

(a)   Ciri-ciri Kognitif
Kanak-kanak lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan (Messe, 2001). Kanak-kanak lembam juga mengalami kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

(b)   Ciri-ciri Akademik
Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara yang mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku. Dalam kemahiran matematik pula, kanak-kanak lembam sukar mengingat makna symbol-simbol yang digunakan atau menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang dan menggunakan beberapa konsep seperti campur, tolak atau bahagi.

(c)    Ciri-ciri Sosial-Emosi
Ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya menyebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.

PUNCA-PUNCA LEMBAM

(1)   Baka
Baka atau genetik merupakan antara faktor penyebab mendapat anak yang bermasalah seperti Slow Learner, Autisme, Down Sindrom dan masalah pembelajaran yang lain. Masalah baka antara faktor utama kerana genetik yang mempunyai masalah ini akan diwarisi oleh keturunan atau generasi yang seterusnya.

(2)   Intelek yang rendah
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Slow Learner) mempunyai keupayaan intelek yang rendah. Hal ini bermakna kanak-kanak Slow Learner menghadapi masalah dalam pembelajaran berbanding rakan mereka yang normal. Keupayaan dalam menguasai 3M adalah amat sukar jika mereka tidak dibantu oleh guru-guru pendidikan khas.

(3)   Masalah emosi
Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju di dalam pelajarannya. Terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosi.

(4)   Kekecewaan
Kekecewaan yang dialami oleh kanak-kanak ini mungkin disebabkan oleh masalah keluarga atau masalah dalaman diri kanak-kanak itu sendiri. Masalah dalam rumahtangga yang akhirnya memberikan kekecewaan kepada kanak-kanak ini seperti berlakunya perceraian atara iu bapa kanak-kanak tersebut. Kesannya adalah kanak-kanak ini tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan dalam pelajaran mereka hingga mereka di kategorikan sebagai kanak-kanak Slow Learner.

(5)   Ubat semasa mengandung
Pengambilan ubat yang salah ketika mengandung adalah sangat merbahaya kerana ia akan memberi kesan kepada kandungan ibu. Semasa ibu mengandung perlu dielakkan mengambil ubat yang salah. Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, ibu-ibu mengandung perlulah mendapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Pengambilan ubat yang salah ketika mengandung akan memberi kesan terjadinya anak-anak yang bermasalah seperti Slow Learner, Sindrom Down dan lain-lain masalah.


CARA MENGATASI – STRATEGI PEMBELAJARAN

Mengubah yang abstrak kepada konkrik. Mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat. Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya.
Elakkan daripada membuat generalisasi. Kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi memproses maklumat, meningati kembali dan kurang berkemahiran membuat penaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang khusus.
Membolehkan kemahiran asas membentuk sub-skill lain. Dengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatih membentuk sub-skill lain melalui apa yang dipelajari. Contohnya apabila mereka telah menguasai kemahiran membaca secara kuat (reading aloud), mereka akan dilatih untuk membaca secara senyap.

Khamis, 5 Julai 2018

Mengapa Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak?


Saya Athirah. menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak walaupun ketika di  sekolah mennegah menjerumus dalam bidang lain. Cita-cita ingin menjadi seorang akauntan tetapi apakan daya hasrat di hati tidak tercapai kerana atas sebab-sebab tertentu. Demi mencari ilmu saya menceburi dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini walaupun kurang berminat terhadap kanak-kanak. Dan alhamdulillah saya cuba untuk minat terhadap kanak-kanak untuk menjadi seorang bakal pendidik.

Entri yang lepas,saya berhadapan dengan konflik apabila gagal mengawal perasaan “kecewa” kerana belajar di salah sebuah pusat pengajian swasta.

Tapi, saya silap.

Belajar di kolej ini adalah sebahagian takdir-Nya. Siapa pula saya untuk tidak redha dengan aturan Allah Yang Maha Mulia yang tahu segala terbaik untukku?

Kali ini, saya ingin menceritakan mengapa saya memilih bidang pendidikan prasekolah untuk pengajian diploma selama tiga tahun ini.

Bagi permulaan cerita saya. Saya seringkali ditanya orang, “Kenapa guru?” “Kenapa mesti cikgu tadika?”
Sudahlah gaji tak seberapa. Kerjanya pula penat melayan kanak-kanak. Apalah sangat cikgu tadika ni dan begitulah seterusnya apa yang dikatakan oleh orang sekeliling. Dengan kata-kata sebegitu membuatkan saya lebih sedih dan patah semangat untuk belajar.

Sejujurnya, memilih pusat pengajian ini adalah kehendak saya sendiri. Yang kononya nak larikan diri daripada mak ayah yang menyuruh saya belajar di pengajian kemahiran. Tapi pengajian kemahiran bukanlah bidang yang saya minati.

Apabila melangkahkan kaki di kolej ini ibu dan ayah saya yang tercinta yang menasihatkan agar saya mendaftarkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Demi menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah yang telah terluka dengan keputusan untuk belajar di kolej ini saya ikutkan sahaja nasihat mereka. Saya percaya yang ibu dan ayah saya lakukan adalah yang terbaik untuk saya. Ibu dan ayah lebih mengenali saya berbanding diri saya sendiri. Saya ikutkan sahaja.

Tapi, (nanti dulu…)

Bukan sepenuhnya keputusan ibu dan ayah saya.
Sejak kecil saya berangan ingin bergelar seorang guru.

Meh saya nak ‘throwback’ sikit kenapa saya cakap saya bercita-cita menjadi cikgu.

“Waktu kecil saya suka bermain cikgu-cikgu dengan kawan-kawan dan adik beradik saya. Cita-cita nak jadi seorang cikgu bahasa melayu dan pendidikan seni di sekolah rendah. Guru sekolah rendah saya yang bernama Cikgu Khadijah telah menjadi inspirasi saya. Dialah idola seni saya.”

Jadi mungkin dari situ, ibu dan ayah merasakan bidang pendidikan awal kanak-kanak yang ditawarkan oleh kolej ini adalah yang sangat sesuai untuk saya. Dengan menghadiri temuduga yang dianjurkan, ibu dan ayah saya meminta saya untuk terima tawaran kolej ini.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tidak memohon UPU dulu? Jangan tipu lah, kebiasaanya apabila menjejakkan kaki ke mana-mana pusat pengajian sudah semestinya aka nada yang bertanyakan mengapa memilih pusat pengajian daripada upu.

Begini, bukan saya tidak mohon UPU. Saya dah mohon tapi bila saya check online katanya permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap. Sedih semestinyalah sedih. Siapa sahaja akan sedih apabila permohonan mereka ditolak, begitu juga saya. Tapi, sampai bila saya harus bersedih?

Semua permohonan UPU dulu adalah berkaitan dengan bidang akaun. Kan jauh bezanya cikgu dan akauntan. Dua dunia yang berbeza. Sebelum ini ibu dan ayah tidak yakin saya boleh teruskan dalam bidang akaun. Di zaman persekolahan ibu dan ayah sering kali bertanyakan adakah betul pilihan saya untuk menceburi bidang akaun. Disebabkan itu saya memohon bidang akaun dalam permohonan UPU.

Sejujurnya, saya tidak begitu yakin bahawa saya boleh bawa bidang akaun ini. Mungkin disebabkan saya berpandangan peluang pekerjaan lebih luas dan gajinya tidak begitu mengecewakan. Sebab itulah saya ingin menceburi dalam bidang ini.

Tapi Allah Maha Hebat dan Maha Mengetahui segalanya, bukan takdir saya untuk menceburi bidang akaun ini. Jadi ibu dan ayah menyuruh saya ambil kos Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di kolej ini.

Saya akui, pada mulanya saya malu untuk duduk dalam ‘course’ ni ketika itu, tetapi kata-kata semangat ibu dan ayah buat saya menjadi kuat untuk meneruskan pengajian ini. Saya terima tawaran sambung belajar di salah sebuah pusat pengajian swasta.

Alhamdulillah, saya kini di semester akhir. Saya masih bertahan dalam bidang ini. Bila saya fikirkan balik kata-kata ibu ayah itulah sebenarnya buat saya kuat dan buat saya bertahan untuk belajar sehingga hari ini.

SAINS UNTUK KANAK-KANAK

1.0    PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…      Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, ...