Entri yang lepas,saya berhadapan dengan konflik apabila gagal
mengawal perasaan “kecewa” kerana belajar di salah sebuah pusat pengajian
swasta.
Tapi, saya silap.
Belajar di kolej ini adalah sebahagian takdir-Nya. Siapa pula saya
untuk tidak redha dengan aturan Allah Yang Maha Mulia yang tahu segala terbaik
untukku?
Kali ini, saya ingin menceritakan mengapa saya memilih bidang
pendidikan prasekolah untuk pengajian diploma selama tiga tahun ini.
Bagi permulaan cerita saya. Saya seringkali ditanya orang, “Kenapa
guru?” “Kenapa mesti cikgu tadika?”
Sudahlah gaji tak seberapa. Kerjanya pula penat melayan
kanak-kanak. Apalah sangat cikgu tadika ni dan begitulah seterusnya apa yang
dikatakan oleh orang sekeliling. Dengan kata-kata sebegitu membuatkan saya
lebih sedih dan patah semangat untuk belajar.
Sejujurnya, memilih pusat pengajian ini adalah kehendak saya
sendiri. Yang kononya nak larikan diri daripada mak ayah yang menyuruh saya
belajar di pengajian kemahiran. Tapi pengajian kemahiran bukanlah bidang yang
saya minati.
Apabila melangkahkan kaki di kolej ini ibu dan ayah saya yang tercinta
yang menasihatkan agar saya mendaftarkan diri dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak. Demi menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah yang telah terluka
dengan keputusan untuk belajar di kolej ini saya ikutkan sahaja nasihat mereka.
Saya percaya yang ibu dan ayah saya lakukan adalah yang terbaik untuk saya. Ibu
dan ayah lebih mengenali saya berbanding diri saya sendiri. Saya ikutkan
sahaja.
Tapi, (nanti dulu…)
Bukan sepenuhnya keputusan ibu dan ayah saya.
Sejak kecil saya berangan ingin bergelar seorang guru.
Meh saya nak ‘throwback’ sikit kenapa saya cakap saya bercita-cita
menjadi cikgu.
“Waktu kecil saya suka bermain cikgu-cikgu dengan kawan-kawan dan
adik beradik saya. Cita-cita nak jadi seorang cikgu bahasa melayu dan
pendidikan seni di sekolah rendah. Guru sekolah rendah saya yang bernama Cikgu
Khadijah telah menjadi inspirasi saya. Dialah idola seni saya.”
Jadi mungkin dari situ, ibu dan ayah merasakan bidang pendidikan
awal kanak-kanak yang ditawarkan oleh kolej ini adalah yang sangat sesuai untuk
saya. Dengan menghadiri temuduga yang dianjurkan, ibu dan ayah saya meminta
saya untuk terima tawaran kolej ini.
Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tidak memohon UPU dulu?
Jangan tipu lah, kebiasaanya apabila menjejakkan kaki ke mana-mana pusat
pengajian sudah semestinya aka nada yang bertanyakan mengapa memilih pusat
pengajian daripada upu.
Begini, bukan saya tidak mohon UPU. Saya dah mohon tapi bila saya
check online katanya permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap. Sedih
semestinyalah sedih. Siapa sahaja akan sedih apabila permohonan mereka ditolak,
begitu juga saya. Tapi, sampai bila saya harus bersedih?
Semua permohonan UPU dulu adalah berkaitan dengan bidang akaun. Kan
jauh bezanya cikgu dan akauntan. Dua dunia yang berbeza. Sebelum ini ibu dan
ayah tidak yakin saya boleh teruskan dalam bidang akaun. Di zaman persekolahan
ibu dan ayah sering kali bertanyakan adakah betul pilihan saya untuk menceburi
bidang akaun. Disebabkan itu saya memohon bidang akaun dalam permohonan UPU.
Sejujurnya, saya tidak begitu yakin bahawa saya boleh bawa bidang
akaun ini. Mungkin disebabkan saya berpandangan peluang pekerjaan lebih luas
dan gajinya tidak begitu mengecewakan. Sebab itulah saya ingin menceburi dalam
bidang ini.
Tapi Allah Maha Hebat dan Maha Mengetahui segalanya, bukan takdir
saya untuk menceburi bidang akaun ini. Jadi ibu dan ayah menyuruh saya ambil
kos Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di kolej ini.
Saya akui, pada mulanya saya malu untuk duduk dalam ‘course’ ni
ketika itu, tetapi kata-kata semangat ibu dan ayah buat saya menjadi kuat untuk
meneruskan pengajian ini. Saya terima tawaran sambung belajar di salah sebuah
pusat pengajian swasta.
Alhamdulillah, saya kini di semester akhir. Saya masih bertahan
dalam bidang ini. Bila saya fikirkan balik kata-kata ibu ayah itulah sebenarnya
buat saya kuat dan buat saya bertahan untuk belajar sehingga hari ini.
Assalamualaikum sis,susah ke course pengajian awal kanak ii?
BalasPadamAssalamualaikum sis,susah ke course pengajian awal kanak ii?
BalasPadamWaalaikumusalam. course ni tak terlalu susah. Kalau seseorang tu enjoy and minat dekat kanak-kanak, okey je. Tapi jangan terlalu selesa kalau ambil course ni sebabnya dalam senang ada susahnya. Goodluck ye sis kalau ambil pengajian awal kanak-kanak ni. Yang penting mesti banyak bersabar dengan anak-anak ni.
BalasPadamsekarang akak bekerja sebagai apa? saya nak masuk bidang ni tapi family kata gaji tak seberapa dan tak berbaloi :( tapi saya nak juga
BalasPadamAslm sis , nk tnya klau ambk pnddikan awl knak2 ni hm senang tk dpat kerja ? Saya runsing haih
BalasPadam