DEFINISI
Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang
individu tidak dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam
keadaan yang normal akibat kerosakkan pada bahagian otak. Secara tidak
langsung, kerosakkan pada otak tersebut menyebabkan seseorang individu
mengalami kurang upaya perkembangan dan kerencatan akal.
KATEGORI TERENCAT AKAL
Adiot merupakan mereka yang mengalami kerencatan akal, Adiot tidak
dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin boleh mencederakan
diri sendiri. Imbersil pula merupakan mereka yang tidak boleh menguruskan diri
sendiri tetapi masih boleh dilatih. Seorang tokoh iaitu Samual Gridley Howe,
1849 memberi pendapat agar membina institusi keluarga mahupun di sekolah dapat
meningkatkan tahap akal murid ini. Selain itu, Moron juga merupakan salah satu
kategori bagi masalah terencat akal. Mereka memerlukan jagaan, kawalan dan
tunjuk ajar khas. Ini kerana perkembangan mentalnya hanya 23% daripada kadar
biasa murid normal atau di bawah tahap 90%. Selain itu, mereka bergerak dengan
lambat dan lambat bercakap. Lembab adalah kategori terencat akal dimana mereka
lambat menerima pengajaran dan pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan
situasi sekolah biasa. Dengan itu Pendidikan Khas perlu diberikan kepada
mereka.
(a)
Faktor Prenatal (sebelum kelahiran)
Faktor baka. Terdapat kerencatan di sebabkan ada keganjilan pada kromosom
normal seperti terdapat 47 kromosom, normal hanya 46 kromosom dengan terdapat
23 pasang. Perbezaan ini menyebabkan bayi tersebut Sindrom Down, Sindrom
Turner, Sindrom Klinefelter. Faktor kedua adalah faktor pemakanan ibu
mengandung. Janin diserang toksin kerana ibu mengandung mengambil dadah,
alcohol dan gaya pemakanan yang tidak sihat seperti tiada vitamin, garam galian
kurang protein. Makanan ini diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk
pembesaran yang sihat. Hal ini kerana makanan diterima oleh bayi melalui tali
pusat.
(b)
Faktor Perinatal (semasa kelahiran bayi)
Pramatang (premature). Bayi yang
dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat yang kurang daripada
2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental. Usia
kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin
yang sedang berkembang. Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang
berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap herpes simplex
berkemungkinan tinggi melahirkan bayi kerencatan mental. Kekurangan oksigen
semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi sehingga
menyebabkannya kerencatan mental.
(c)
Faktor Postnatal (selepas kelahiran)
Encephalitis merujuk kepada
pembengkakan pada otak yang boleh terjadi akibat daripada sebarang jangkitan
kuman. Dalam beberapa kes, encephalitis boleh menyebabkan terencat akal. Kanak-kanak
yang terdedah kepada plumbum boleh mengalami terencat akal. Dianggarkan
setengah juta kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 5 tahun menunjukkan
peningkatan plumbum dalam darah mereka. Keracunan plumbum dan juga Fetal
Alcohol Syndrome merupakan punca terencat akal yang boleh dicegah sama sekali
daripada berlaku. Selain itu, sebarang kemalangan yang boleh mencederakan otak
boleh menyebabkan terencat akal pada kanak-kanak. Di antaranya adalah seperti
terjatuh dari basikal, kemalangan jalan raya, penderaan, hamper lemas dan
kekurangan zat makanan yang teruk. Tuberous Sclerosis merupakan penyakit otak
yang diperolehi selepas kelahiran yang hanya kelihatan pada lewat zaman
kanak-kanak. Penyakit ini melibatkan ketumbuhan atau tumor pada tisu-tisu sistem
saraf tunjang.
CIRI-CIRI TERENCAT AKAL
Masalah terencat akal terbahagi kepada beberapa ciri, antaranya
adalah dari segi kognitif, sosial, tingkah laku tambahan, fizikal dan
kesihatan, emosi, dan akademik. Dari segi kognitif, kanak-kanak terencat akal mempunyai
masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara perkara sepenuhnya dilakukan/
lupa perkara yang baru diajar. Selain itu, metakognisi adalah kebolehan untuk
berfikir. Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam runtin harian, mereka akan
menghadapi kesukaran menyelesaikannya. Mereka juga mengalami masalah motivasi
yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus
asa. Kebanyakkan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah kelewatan dalam
perkembangan bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang lama hanya untuk
memahami konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepid an sebagainya.
Seterusnya, dari segi sosial kebanyakkan murid terencat akal
menghadapi kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya mereka kurang diterima
oleh rakan sebaya dan mungkin diketepikan. Keadaan ini disebabkan murid ini
berkelakuan tidak matang, tidak mempunyai masalah menguasai sosial sehingga
mereka kerap kali salah tafsir aksi-aksi murid. Terdapat sesetengah kanak-kanak
terencat akal mempunyai tingkah laku yang khusus. Antaranya adalah seperti mahukan
ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau tabiat suka mencederakan
diri. Mereka perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian,
kemurungan,dan juga kemahiran sosial.
Tambahan lagi, individu terencat akal mempunyai masalah kesihatan
sampingan selain kecacatan yang dialami. Misalnya, kanak-kanak Sindrome Down
menunjukkan ciri-ciri kelainan pada muka, jari dan badan serta
penyakit-penyakit seperti jantung berlubang dan paru-paru. Dalam proses
pembelajaran, murid terencat akal selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat
latihan yang banyak dan memerlukan masa yang lama berbanding murid normal.
Individu terencat akal akan menghadapi masalah pencapaian akademik yang rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan