Khamis, 20 September 2018

SAINS UNTUK KANAK-KANAK


1.0   PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…
     Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

     Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Cik Nor Farihah binti Hussain kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

     Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

     Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

     Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung ataupun sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini. Sekian, terima kasih.



2.0 PENGENALAN

     Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin baik. Oleh itu, kanak-kanak lebih berkembang apabila belajar melalui bermain.

     Selain itu, semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman  pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik. Malangnya, ramai ibu bapa malahan ada guru dan pengusaha pusat pendidikan awal kanak-kanak menganggap kaedah bermain kurang penting dan menekankan fokus kepada pencapaian akademik. Kesannya banyak program pendidikan awal kanak-kanak menggunakan kaedah melatih tubi dan mengabaikan aktiviti bermain dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

     Teori perkembangan kanak-kanak Erikson dan Piaget menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berlainan. Tahap ini adalah mengikut perkembangan kanak-kanak dan perkembangan ini dapat diasah dan ditingkatkan mengikut keperluan kanak-kanak. Menurut pakar pendidikan awal kanak-kanak, pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak. Badan penyelidikan pendidikan awal kanak-kanak National Association for the Education of Young Children (NAEYC) percaya bahawa kanak-kanak belajar mengikut keperluan dan perkembangan mereka. NAEYC sentiasa menekankan amalan-amalan terbaik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak seharusnya bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

     Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ialah menekankan kemahiran bahasa. Malah, fokus utama proses pengajaran dan pembelajarannya ialah berpusatkan kanak-kanak, menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Developmentally Appropriate Practices (DAP) menfokuskan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui pelbagai aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak. Antaranya ialah aktiviti bermain, melakukan inkuiri, meneroka dan menyiasat, membuat eksperimen dan membuat projek amat digalakkan dalam Developmentally Appropriate Practices (DAP).



3.0 REFLEKSI JURNAL

3.1 AKTIVITI BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

     Kurikulum melibatkan kedua-dua pengalaman yang dirancang dan tidak dirancang wujud daripada nilai dan sikap yang dihasilkan guru dan pentadbir sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Dalam pergerakan prograsif, tokoh menyarankan bahawa pengalaman kurikulum perlu berasaskan pada minat dan penglibatan kanak-kanak dalam pengalaman yang aktif. Selain itu, peringkat prasekolah adalah masa terbaik dalam proses perkembangan kanak-kanak dari segi mental, fizikal, sosial dan emosional. Malah, kurikulum yang bersesuaian dengan kanak-kanak ialah kurikulum yang dapat membina kemahiran kognitif dengan memberikan pengalaman yang konkrit, releven dan bersesuaian dengan keperluan dan tahap perkembangan kanak-kanak. Bermain juga dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain pembelajaran berintegerasi antara satu sama lain secara semula jadi.

     Seterusnya, aktiviti bermain dapat dilihat sejak kanak-kanak masih bayi lagi, iaitu apabila bayi mula bermain dan memanipulasi alat permainan yang diletakkan di sekelilingnya. Pada peringkat sensori motor (0 hingga 2 tahun), bayi belajar melalui interaksi dengan benda-benda di sekeliling dan keupayaan kognitif mula berkembang. Sebaik sahaja bayi bertatih, pergerakan mereka semakin aktif dan semasa bermain mereka menjadi lebih imaginatif. Di samping itu, kanak-kanak yang baru bertatih mengasah kemahiran dan kemahiran ini seterusnya dikembangkan melalui aktiviti yang lebih mencabar apabila meningkat dewasa. Selain itu, aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak bermain dengan pelbagai cara. Kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif melalui bermain.   

     Selanjutnya, tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel dan Maria Montesori yakin bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Froebel yang pernah mengasaskan Kindergarten berpandangan bermain adalah penting dalam pembelajaran secara tidak langsung. Maria Montesori yang membangunkan kurikulum berasaskan aktiviti bermain percaya bahawa kanak-kanak perlu bermain dan berhak menentukan sendiri bagaimana mereka hendak bermain dan belajar. Kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, social, emosi dan fizikal. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya bahawa bermain adalah cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari konsep dan kemahiran yang kemudiannya akan digunakan untuk mempelajari perkara-perkara baharu pada masa akan datang. Pakar dalam perkembangan kanak-kanak yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok dan kreatif.

3.1.0 PERMAINAN MOTOR/FIZIKAL

     Tokoh pendidikan awal kanak-kanak mengatakan pendidikan fizikal adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi. Permainan motor dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-otot kasar dan halus kanak-kanak, dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti menggenggam, mengoyak, menggunting, meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian. Contohnya, membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan sebagainya. Manakala, kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan memanjat. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak menggunakan koordinasi mata dan tangan mereka untuk mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan dengan kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot badan bekerja bersama.


3.1.1 PERMAINAN SOSIAL

     Apabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain, kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti, bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi sesuatu. Semasa kanak-kanak bermain, mereka bersosial dengan rakan sebaya. Permainan sosial, boleh berlaku dalam kumpulan ataupun individu. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakannya dan bertanya ataupun meminjam alat permainan walaupun kanak-kanak tersebut tidak bermain dengan rakannya itu tetapi akan berlaku juga interaksi sesama mereka.


3.1.2 PERMAINAN KONSTRUKTIF

     Permainan konstruktif berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu dengan memanipulasi persekitaran. Froebel merujuk permainan konstruktif sebagai aktiviti yang melibatkan pergerakan motor halus seperti menganyam, menggentel, melipat kertas dan menyulam. Permainan seperti membina bangunan daripada blok, bermain pasir dan mencipta bahan-bahan kraf merupakan permainan konstruktif. Permainan konstruktif memberi peluang kanak-kanak belajar membuat sesuatu dan apabila kanak-kanak bermain secara konstruktif, mereka belajar melakukan sesuatu tugas sehingga selesai. Bermain secara konstruktif juga melibatkan kemahiran manipulatif. Kanak-kanak yang memiliki kemahiran manipulatif berupaya memanipulatif idea, konsep dan pendapat.


3.1.3 PERMAINAN FANTASI

     Salah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak belajar dan mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka adalah melalui permainan fantasi. Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa peralatan dan dilakukan berasaskan imaginasi kanak-kanak. Bermain pondok-pondok misalnya dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang dunia di sekelilingnya dan bagaimana hendak bersosial dengan rakan sebaya. Semasa permainan fantasi, kanak-kanak belajar bagaimana hendak menggambarkan sesuatu watak dalam sesuatu situasi. Mereka menggunakan imaginasi dan bahasa untuk menyatakan idea, konsep dan keinginan. Mereka juga berupaya mengubah idea menjadi fantasi secara kreatif.


3.1.4 PERMAINAN MENGIKUT PERATURAN

     Sejak kecil lagi kanak-kanak diajar mematuhi peraturan melalui permainan. Melalui permainan berperaturan, kanak-kanak mempelajari cara-cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak memahami peraturan sosial melalui permainan yang memerlukan mereka mengikut peraturan. Permainan seperti dam, catur, kad dan monopoli mengajar kanak-kanak bahawa setiap individu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Permainan sebegini dapat membantu kanak-kanak memahami konsep-konsep peraturan dan perlunya mematuhi undang-undang.



3.2 BERMAIN SEBAGAI MEDIUM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI

     Tokoh berpendapat, proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti praktikal. Sebelum kanak-kanak bertutur, mereka menggunakan alat bagi menyempurnakan tugas,  tetapi setelah mereka bertutur menggunakan bahasa dalam aktiviti. Tingkah laku mereka berubah melalui penggunaan bahasa dan aktiviti tersebut. Pada masa yang sama mereka  berupaya merancang dan menguasai persekitaran sekeliling mereka. Tokoh menekankan permainan adalah pilihan kanak-kanak sendiri dan disokong oleh guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab. Melalui bermain, kanak-kanak belajar berkomunikasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran, berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-benda di sekeliling mereka.

     Berdasarkan teori Piaget pada peringkat praoperasional (umur 2-7 tahun) kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan dapat diasah melalui pelbagai aktiviti. Tokoh mengatakan, kanak-kanak yang berada di prasekolah mengikut teori perkembangan kognitif Piaget berada pada peringkat praoperasional dan konkrik operasi. Pada peringkat ini proses pembelajaran tindakan secara mental terhadap sesuatu perkara ataupun objek berlaku. Semasa proses ini kanak-kanak belajar bagaimana menggunakan perkataan dan gambaran untuk mewakilkan objek.

     Bahasa ialah sistem pelambangan yang paling canggih, kompleks dan luwes. Bahasa mengandungi beberapa aspek dan setiap aspek mempunyai peraturannya sendiri. Aspek-aspek ini terdiri daripada fonologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Pembelajaran bahasa kanak-kanak ialah proses berterusan yang berlaku setiap hari melalui aktiviti terutamanya aktiviti bermain.



3.3 KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI AKTIVITI BERMAIN

     Kemahiran membaca adalah kemahiran yang penting dalam pendidikan terutamanya pada peringkat awal alam persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa kanak-kanak adalah asas perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh pengetahuan melalui pengalaman membaca. Kelemahan penguasaan bahasa lama-kelamaan akan membawa kesan yang berlanjutan terutamanya dari segi pemerolehan pengetahuan. Jadi, kelemahan penguasaaan bahasa dalam kalangan pelajar terutamanya yang lemah membaca tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah kerana maklumat yang diperoleh dalam pembacaan boleh digunakan untuk pelbagai aspek dalam kehidupan dan pelajar yang menghadapi masalah membaca sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran.

     Kemahiran membaca yang lemah menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengikuti pembelajaran formal. Malah, kegagalan membaca akan membawa kepada risiko kegagalan semasa di sekolah. Kajian mengatakan kanak-kanak memperoleh kemahiran kesediaan membaca yang menyeluruh mendapat keputusan yang baik pada tahap tinggi dan mampu memberi respons yang merangsangkan. Kanak-kanak yang mahir membaca lebih terdedah dengan pembacaan buku yang ditentukannya sendiri. Menurut tokoh, interaksi buku dan rakan sebaya dapat memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dunia buku mengikut citarasa mereka iaitu mereka dapat mencuba membaca dan mengenali konsep membaca bersama rakan-rakan sebaya.



3.4 KURIKULUM BAHASA DAN LITERASI BERASASKAN AKTIVITI BERMAIN

     Belajar melalui bermain menjadi fokus kurikulum prasekolah di Malaysia. Kurikulum Smart Reader adalah antara kurikulum yang menggunakan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kurikulum yang menggunakan metadologi mengajar secara kreatif ini, menggalakkan guru sentiasa berfikir secara kreatif semasa merancang pengajaran. Sebelum mengajar, guru perlu menyediakan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar daripada bahan-bahan kitar semula untuk dijadikan bahan aktiviti semasa pembelajaran melalui bermain. Bahan bantu mengajar ini direka guru mengikut idea guru itu sendiri dan objektif pengajaran dan pembelajaran berdasarkan silibus yang diberikan. Setiap hari guru perlu mengemukakan idea baru dan mempelbagaikan aktiviti supaya pembelajaran tidak membosankan. Bagaimana guru mengajar di kelas adalah bergantung kepada daya kreatif itu sendiri. Selain itu, kanak-kanak didedahkan dengan konsep makna dengan memahami maksud perkataan melalui objek dan gambar. Setelah kanak-kanak dapat membaca dengan baik melalui kaedah fonetik, penguasaan bahasa dan komunikasi kanak-kanak dikembangkan melalui aktiviti bahasa seperti drama, main peranan dan lakonan.

     Seterusnya, Maria Montessori pengasas program Montessori percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui lima deria iaitu melihat, mendengar, merasa dan menyentuh. Maria telah mereka bahan-bahan pembelajaran yang berasaskan aktiviti dan melakukan pemerhatian bagaimana kanak-kanak bermain dengan bahan-bahan ini. Hasilnya kurikulum Montessori menjadi sangat popular dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum High Scope yang diasaskan oleh David P. Weikart mengatakan bahawa kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif seharusnya belajar melalui aktiviti yang dirancang, dilaksana dan direfleksikan oleh mereka sendiri. High Scope menggalakkan kanak-kanak belajar melalui penerokaan dengan bermain.


3.4.0 CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN MAIN

(A) Aktiviti 1: Fail Vokal

        i.            Objektif : Mengecam, membunyikan huruf vokal dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar.
      ii.            Cara bermain : Individu.
    iii.            Bahan : Fail berplastik lutsinar di dalamnya, kad vokal a,e,i, o dan u, kad gambar ayam, epal, ikan, obor dan ular.
    iv.            Pelaksanaan :
·         Ajak murid menyusun/memasukkan kad-kad vokal a,e,i,o dan u dan kad-kad gambar ke dalam fail.
·         Pastikan kad vokal di susun bersebelahan dengan kad gambar yang betul, misalnya kad vokal a disusun sebelah gambar ayam.
·         Ajak murid membunyikan huruf vokal dan mengaitkannya dengan gambar, misalnya vokal a kaitkan dengan gabar ayam, kemudian sebut a “a”, “ayam”.
·         Ajak murid membunyikan huruf vokal dan mengaitkannya dengan gambar, misalnya vokal a kaitkan dengan gabar ayam, kemudian sebut a “a”, “ayam”.
      v.            Hasil pembelajaran : Murid dapat mengecam dan membunyikan huruf vokal dengan betul dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar yang bunyinya bermula dengan vokal itu.  


(B) Aktiviti 2 : Muzik Suku Kata

        i.            Objektif : Mengecam dan membunyikan suku kata.
      ii.            Cara bermain : Kumpulan.
    iii.            Bahan : Botol-botol plastik yang dilebalkan dengan suku kata dan kacang hijau.
    iv.            Pelaksanaan :
·         Masukkan kacang hijau ke dalam botol-botol dan tutup dengan penutup botol.
·         Berikan botol kepada setiap murid-murid.
·         Guru menyebut satu suku kata, misalnya suku kata ‘na’
·         Murid yang memegang botol berlebal suku kata ‘na’, dikehendaki menggongcang botolnya.
·         Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga menghasilkan rentak muzik.
      v.            Hasil pembelajaran : Murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan betul.


(C) Aktiviti 3 : Gaul dan Pilih

        i.            Objektif : Mengecam dan membunyikan suku kata.
      ii.            Bahan : Bola-bola ping-pong yang dilebalkan dengan suku kata, sebiji mangkuk besar dan beberapa biji mangkuk-mangkuk kecil.
    iii.            Cara bermain : Individu ataupun kumpulan.
    iv.            Pelaksanaan :
·         Guru mengajak murid-murid duduk di sekeliling meja.
·         Guru memberikan setiap murid-murid sebatang senduk dan mangkuk kosong.
·         Guru meletakkan mangkuk besar yang diisi dengan bola-bola ping-pong berlabel suku kata di tengah-tengah meja.
·         Guru mengajak murid-murid menggaul bola-bola ping-pong di dalam mangkuk besar menggunakan senduk masing-masing.
·         Guru menyebut satu bunyi suku kata, misalnya suku kata ‘ba’ dan mengajak murid-murid mencari bola ping-pong yang berlebal suku kata ‘ba’.
·         Murid-murid menyenduk bola ping-pong berlabel ‘ba’ dan memasukkan ke dalam mangkuk masing-masing sambil menyebut ‘ba’.
·         Ulang aktiviti dengan mencari suku kata lain.
      v.            Hasil pembelajaran : Murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan betul.


(D) Aktiviti 4 : Papet Bergambar

        i.            Objektif : Membina dan membaca perkataan.
      ii.            Bahan : Kad-kad suku kata (pastikan kad-kad ini boleh membina perkataan), papet bergambar yang boleh dipegang dan seutas tali.
    iii.            Cara bermain : Individu ataupun berkumpulan.
    iv.            Pelaksanaan :
·         Gantungkan kad-kad suku kata pada tali yang diikat melintang.
·         Berikan murid papet bergambar dan ajak murid namakan gambar pada papet.
·         Ajak murid menepuk suku kata yang tergantung menggunakan papet misalnya jika papet yang dipegang bergambar baju murid dikehendaki menepuk kad suku kata ‘ba’ dan ‘ju’ yang digantungkan.
·         Sebutkan ‘ba’ dan ‘ju’ semasa menepuk suku kata, kemudian sebut ‘baju’.
·         Ulang aktiviti dengan papet bergambar lain.
      v.            Hasil pembelajaran : Murid dapat membina dan membaca perkataan dengan betul.


(E) Aktiviti 5 : Baling dan Sebut

        i.            Objektif : Membina dan membaca perkataan.
      ii.            Bahan : Pundi-pundi kacang yang dilebal suku kata (pastikan pundi kacang ini boleh membina perkataan), tiga gegelung hula-hop dan objek-objek sebenar seperti buku, baju dan sudu.
    iii.            Cara bermain : Kumpulan
    iv.            Pelaksanaan :
·         Letakkan tiga gegelung hula-hop lebih kurang dua meter di hadapan tiga orang pelajar.
·         Letakkan buku, pasu dan sudu setiap satu ke dalam gegelung hula-hop.
·         Longgokkan pundi kacang berlabel suku kata di hadapan murid.
·         Murid menamakan objek sebenar di dalam gegelung hula-hop dan membaling pundi kacang yang betul ke dalam gegelung hula-hop, misalnya membaling pundi kacang berlabel ‘ba’ dan ‘ju’ ke dalam gegelung hula-hop yang mengandungi baju.
·         Sebut suku kata ‘ba’ dan ‘ju’, dan kemudiannya perkataan ‘baju’.
·         Ulang aktiviti dengan objek lain.
      v.            Hasil pembelajaran : Murid dapat membina dan membaca perkataan dengan betul.


4.0 CADANGAN / IMPLIKASI

     Pada pendapat saya, ibu bapa dan guru haruslah memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka tidak perlu menekankan fokus kepada pencapaian akademik sahaja. Malahan, kokurikulum juga penting dalam proses pembelajaran mereka. Aktiviti ini dijalankan diluar bilik darjah dari segi ketahanan fizikal dan mental. Selain itu, ibu bapa dan guru haruslah menerapkan teori Erikson dan Maria Mentossori dalam pembelajaran kanak-kanak di rumah dan di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak.

     Seterusnya, bagi kanak-kanak yang baru melangkah kealam persekolahan, guru haruslah  menggunakan teknik yang berkesan untuk menarik minat pelajar. Sebagai contoh terdekat, awal januari 2017, setelah bercuti panjang, beberapa buah sekolah di Malaysia, guru mengenakan kostium superhero seperti ultraman dan badman untuk menarik minat kanak-kanak ke sekolah. Dengan itu, kanak-kanak akan lebih berminat untuk datang ke sekolah dengan menganggapkan sekolah tidak membosankan mereka. Ibu bapa turut haruslah memberi sokongan kepada anak-anak supaya mereka minat dan seronok ke sekolah.

     Di samping itu, tranformasi kurikulum pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 menekankan kemahiran bahasa. Guru mestilah menekankan KSPK dalam skop pengajaran dan pembelajaran. Guru janganlah mengambil remeh terhadap kanak-kanak yang baru masuk kealam persekolahan kerana ada dalam kalangan mereka yang serba kekurangan. Terdapat sesetengah pelajar yang berumur enam tahun baru melangkah kealam persekolahan. Mereka tidak mendapat pendidikan awal dari ibu bapa mereka kerana berlatar belakangkan serba kekurangan. Oleh itu, guru harus mengambil alih tanggungjawab tersebut untuk mendidik anak-anak mereka.

     Kesimpulannya, guru mestilah menjadi tunjang utama dalam mendidik anak bangsa supaya dapat melahirkan individu yang berguna dan terpelajar kepada agama, bangsa dan Negara. Dengan adanya individu yang berdedikasi dan berilmu, sesebuah Negara dapat mengatasi masalah yang timbul dengan mudah dan berkesan. Selain itu, ibu bapa juga turut memainkan peranan untuk mendidik anak-anak supaya anak-anak dapat dibentuk dengan akhlak yang baik. Hal ini dapat melahirkan generasi yang berakhlak dalam sesebuah Negara. 



5.0 KESIMPULAN

     Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 memfokuskan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dan antara focus utamanya ialah pembelajaran melalui bermain. Dalam KSPK aktiviti belajar melalui bermain amat digalakkan sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Guru menyediakan ruang bermain dengan meletakkan pelbagai bahan yang dapat merangsangkan kanak-kanak untuk bermain. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru diperlukan merancang pengajaran harian dengan mengenal pasti objektif, bahan-bahan aktiviti, pelaksanaan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Guru digalakkan melakukan permainan seperti permainan air, permainan pasir, permainan pondok-pondok dan permainan tradisional yang melibatkan kanak-kanak secara aktif, berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya.

     Selain dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dalam keadaan yang menyeronokkan, penggunaan aktiviti permainan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran membaca dikatakan dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak. Berdasarkan unsur-unsur dalam kemahiran bahasa Melayu yang difokuskan dalam Tunjang Komunikasi KSPK ialah kemahiran bahasa yang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran membaca pula melibatkan kemahiran mengenal huruf, mengenal vokal, mengenal konsonan, membaca suku kata, membaca perkataan, membaca frasa, membaca ayat tunggal, membaca ayat dalam konteks, memahami bahan bacaan, membaca buku dengan betul dan mengamal tabiat membaca.

     Pengajaran berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada sejauh mana guru berjaya mencapai objektif pengajarannya dalam membantu kanak-kanak belajar apa yang diajarkan. Justeru, bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dan masa yang diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya, guru perlu bijak merancang, menguruskan dan mengelola pengajaran. Transformasi kurikulum pendidikan prasekolah melakukan KSPK 2010 menyeru guru menfokus proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan dan bermakna kepada kanak-kanak. Belajar melalui bermain terbukti sebagai amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Justeru, adalah lebih berfaedah jika masa mengajar bahasa yang disasarkan selama empat jam seminggu dalam KSPK dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan melakukan aktiviti pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui bermain. Oleh itu, pengetahuan berkenaan pendekatan berkesan berdasarkan fitrah kanak-kanak perlu diketahui guru bagi menjawab soalan paling penting, iaitu apakah yang terbaik untuk kanak-kanak supaya segala hasil pembelajaran dapat dicapai dengan cemerlang.


5.0 BIBLIOGRAFI

ArticleID=367. (23 April 2011)

PENDERAAN BAYI DAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA PADA TAHUN 2018


Sepanjang tahun ini, macam-macam kes anak kecil kena dera dengan pengasuh sehingga menyebabkan kecederaan da nada juga yang sampai meninggal dunia.

Kesian budak-budak itu. Tidak dapat membesar dan melihat dunia. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya ibu bapa kanak-kanak yang terlibat berganda lagi sedihnya.

1.      Ogos 2018 : Penderaan kanak-kanak di Taska

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan satu berita yang menjadi viral video rakaman CCTV yang menunjukkan dua guru mengasari kanak-kanak jagaan mereka di sebuah Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) yang beroperasi di Taman Tasik Utama, Ayer, Keruh, Melaka.



Video berkenaan memamaparkan guru tersebut menampar seorang kanak-kanak sehingga jatuh dari kerusinya dan juga menampar kanak-kanak lain. Melihat kejadian itu, pengurus pusat asuhan kanak-kanak itu melaporkan kepada polis.

Dua guru tadika yang berusia 21 dan 40 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan. Walau bagaimanapun, pusat itu dibenarkan untuk beroperasi walaupun siasatan polis masih lagi dijalankan.

Semakan dibuat dan mendapati tadika yang mempunyai 23 kanak-kanak dan empat pekerja ini beroperasi secara sah serta berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri.



2.      Ogos 2018: Pengasuh beri alas an digigit nyamuk

Kejadian ini melibatkan bayi berusia 10 bulan di Alor Setar, Kedah. Difahamkan, ibu mangsa mengenali pengasuh terbabit melalui Wechat dan semasa menjemput anaknya, pengasuh memberitahu anaknya digigit nyamuk dan kemungkinan ada alahan. Pengasuh itu juga menyapu losyen pada seluruh badan keccil itu termasuk bahagian pipi.


Bila ibu mangsa menyedari lebam pada kedua-dua belah pipi, dia terus bawak jumpa doktor dan dimaklumkan bahawa anaknya berkemungkinan besar didera. Ibu bayi tersebut terus buat laporan polis sementara mangsa dimasukkan ke wad kanak-kanak HSB kerana mengalami masalah pendengaran. Pengasuh tersebut yang berusia 40-an dikatakan dekenakan tahanan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.



3.      Ogos 2018: Bayi tiga bulan patah tangan kena dera pengasuh

Bapa mangsa telah terima panggilan daripada pengasuh yang memberitahu anaknya itu sakit dan perlu datang mengambil bayinya itu. Tapi masa diambil, datuk bayi tersebut perasaan ada yang pelik terhadap cucunya itu dan pengasuh kata tangannya terseliuh.


Bila mendapat rawatan di hospital, ada kesan retakan pada tangan anaknya disebabkan dikilas dengan sangat kuat. Polis telah menahan pengasuh yang berusia 46 tahun untuk tujuan siasatan lanjut.


4.      Ogos 2018: Ibu magsa ketahui anak didera di facebook

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disyaki didera pengasuhnya dalam kejadian di Indahpura, Kulai, Johor Bharu dan disedari ibunya selepas menonton rakaman video anaknya didera telah viral dalam lama sosial Facebook.


Disebabkan tidak berpuas hati terhadap pengasuh, dia membuat laporan polis mengenai pengasuh yang berusia 62 tahun itu yang mula menjaga anaknya pada Disember lepas. Katanya, bayi tersebut akan dihantar setiap hari ahad dan akan diambil semula pada hari Jumaat di mana bayi itu akan bermalam di rumah pengasuh berkenaan.

Sebelum rakaman video viral, ibu bayi yang juga merupakan seorang suri rumah ada mendengar tentang reputasi buruk pengasuh tersebut dan tidak lagi menghantar anaknya ke situ sejak dua minggu sebelum kejadian.

5.      Julai 2018: Mayat Adam Rayqal disumbat dalam peti ais

Kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan pengasuh paling kejam pada tahun ini ialah kes Adam Rayqal. Pengasuh berkenaan memberitahu ibu mangsa bahawa Adam telah pun dijemput oleh bapanya tapi sebenarnya ianya tidak berlaku.


Bayi malang itu dijumpai di dalam peti ais di rumah dekat Jalan Nahoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak. Masa ditemui, Adam lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

Pengasuh berkenaan, Noor Aqilah Abd Rahman, 33 tahun telah pun dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah di atas kesalahan mendera sehingga menyebabkan kematian serta melupuskan mayat bagi tujuan menyembunyikan kematian.

Kita hanya boleh merasa simpati terhadap nasib yang terjadi terhadap adik Adam Rayqal tetapi kita tidak merasa kesedihan yang perlu ditanggung oleh keluarganya terutamanya ibu bapa adik Adam Rayqal.



SAINS UNTUK KANAK-KANAK

1.0    PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…      Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, ...