Khamis, 20 September 2018

PENDERAAN BAYI DAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA PADA TAHUN 2018


Sepanjang tahun ini, macam-macam kes anak kecil kena dera dengan pengasuh sehingga menyebabkan kecederaan da nada juga yang sampai meninggal dunia.

Kesian budak-budak itu. Tidak dapat membesar dan melihat dunia. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya ibu bapa kanak-kanak yang terlibat berganda lagi sedihnya.

1.      Ogos 2018 : Penderaan kanak-kanak di Taska

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan satu berita yang menjadi viral video rakaman CCTV yang menunjukkan dua guru mengasari kanak-kanak jagaan mereka di sebuah Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) yang beroperasi di Taman Tasik Utama, Ayer, Keruh, Melaka.



Video berkenaan memamaparkan guru tersebut menampar seorang kanak-kanak sehingga jatuh dari kerusinya dan juga menampar kanak-kanak lain. Melihat kejadian itu, pengurus pusat asuhan kanak-kanak itu melaporkan kepada polis.

Dua guru tadika yang berusia 21 dan 40 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan. Walau bagaimanapun, pusat itu dibenarkan untuk beroperasi walaupun siasatan polis masih lagi dijalankan.

Semakan dibuat dan mendapati tadika yang mempunyai 23 kanak-kanak dan empat pekerja ini beroperasi secara sah serta berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri.



2.      Ogos 2018: Pengasuh beri alas an digigit nyamuk

Kejadian ini melibatkan bayi berusia 10 bulan di Alor Setar, Kedah. Difahamkan, ibu mangsa mengenali pengasuh terbabit melalui Wechat dan semasa menjemput anaknya, pengasuh memberitahu anaknya digigit nyamuk dan kemungkinan ada alahan. Pengasuh itu juga menyapu losyen pada seluruh badan keccil itu termasuk bahagian pipi.


Bila ibu mangsa menyedari lebam pada kedua-dua belah pipi, dia terus bawak jumpa doktor dan dimaklumkan bahawa anaknya berkemungkinan besar didera. Ibu bayi tersebut terus buat laporan polis sementara mangsa dimasukkan ke wad kanak-kanak HSB kerana mengalami masalah pendengaran. Pengasuh tersebut yang berusia 40-an dikatakan dekenakan tahanan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.



3.      Ogos 2018: Bayi tiga bulan patah tangan kena dera pengasuh

Bapa mangsa telah terima panggilan daripada pengasuh yang memberitahu anaknya itu sakit dan perlu datang mengambil bayinya itu. Tapi masa diambil, datuk bayi tersebut perasaan ada yang pelik terhadap cucunya itu dan pengasuh kata tangannya terseliuh.


Bila mendapat rawatan di hospital, ada kesan retakan pada tangan anaknya disebabkan dikilas dengan sangat kuat. Polis telah menahan pengasuh yang berusia 46 tahun untuk tujuan siasatan lanjut.


4.      Ogos 2018: Ibu magsa ketahui anak didera di facebook

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disyaki didera pengasuhnya dalam kejadian di Indahpura, Kulai, Johor Bharu dan disedari ibunya selepas menonton rakaman video anaknya didera telah viral dalam lama sosial Facebook.


Disebabkan tidak berpuas hati terhadap pengasuh, dia membuat laporan polis mengenai pengasuh yang berusia 62 tahun itu yang mula menjaga anaknya pada Disember lepas. Katanya, bayi tersebut akan dihantar setiap hari ahad dan akan diambil semula pada hari Jumaat di mana bayi itu akan bermalam di rumah pengasuh berkenaan.

Sebelum rakaman video viral, ibu bayi yang juga merupakan seorang suri rumah ada mendengar tentang reputasi buruk pengasuh tersebut dan tidak lagi menghantar anaknya ke situ sejak dua minggu sebelum kejadian.

5.      Julai 2018: Mayat Adam Rayqal disumbat dalam peti ais

Kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan pengasuh paling kejam pada tahun ini ialah kes Adam Rayqal. Pengasuh berkenaan memberitahu ibu mangsa bahawa Adam telah pun dijemput oleh bapanya tapi sebenarnya ianya tidak berlaku.


Bayi malang itu dijumpai di dalam peti ais di rumah dekat Jalan Nahoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak. Masa ditemui, Adam lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

Pengasuh berkenaan, Noor Aqilah Abd Rahman, 33 tahun telah pun dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah di atas kesalahan mendera sehingga menyebabkan kematian serta melupuskan mayat bagi tujuan menyembunyikan kematian.

Kita hanya boleh merasa simpati terhadap nasib yang terjadi terhadap adik Adam Rayqal tetapi kita tidak merasa kesedihan yang perlu ditanggung oleh keluarganya terutamanya ibu bapa adik Adam Rayqal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAINS UNTUK KANAK-KANAK

1.0    PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…      Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, ...