Anda mencari permainan anak-anak yang berfaedah?
Ingin melupakan anak-anak kita dengan gadjet dan menonton tv?
Kinetic sand in salah satu permainan yang menyeronokkan untuk
anak-anak kita, malah memang memberi faedah kepada mereka. Pasti anak anda
tidak lagi ketagih dengan gadjet malah menonton tv juga berkurang.
Apa itu Kinetik Sand?
-
Produk
yang terkenal di USA dan Sweeden untuk pendidikan anak
-
Campuran
98% pasir + 2% polimer organic
-
Mudah
melekat antara satu sama lain dan senang dileraikan
-
Bebas
kotoran dan bebas habuk/ alergi
-
Tidak
melekat dan tidak mengeras di tangan
-
Sesuai
untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dank e atas
Apa kebaikan bermain pasir untuk kanak-kanak
1.
Merangsang
motor halus
·
Menggengam,
menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir membantu membina otot kasar
dan otot halus. Anak-anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan
jika dipantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering
ataupun basah.
2.
Menjadikan
deria lebih peka
·
Pasir
adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan.
Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.
Dengan pasir anak-anak akan menyentuh, memerah dan bermain dengan gembira.
3.
Menulis
dan melukis
·
Sebelum
kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka
perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan
mereka dalam bahan pelbagai deria.
·
Kanak-kanak
boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini
boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka
mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.
4.
Pemikiran
Kreatif
·
Pasir
boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Apabila bermain pasir, anak terdedah
dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjagaan idea kreatif itu
berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea
itu berlaku.
·
Dengan
memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat,
bahan-bahan untuk acuan atau bagunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk
menjana idea kreatif.
5.
Aktiviti
ceria
·
Bermain
pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam
permainan dengan pasir ini. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti
bina istana, bangunan, lebuhraya, binatang dan sebagainya.
·
Kesan:
anak-anak dapat mengenali/ merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu
dan dapat belajar untuk mengendalikan alatan yang digunakan.
6.
Dari
segi perkembangan bahasa dan juga sosial
·
Tanam
mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tidak nampak objek
tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam
memisahkan anak-anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat
masih ada dalam diri anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan