Seorang guru yang luar biasa tidak perlu bertanya bagaimana dia
menjadi hebat! Dia sudah memiliki roh dan jiwa seorang guru. Dua perkara ini
sudah cukup melengkapkan tubuh seseorang yang berperanan srbagai pendidik.
Peranan mereka tidak hanya bersangkut paut mengenai kebolehan membuatkan
murid-murid membaca atau menulis semata-mata. Sebaliknya dilihat terhadap impak
yang Berjaya dihasilkan dalam diri anak murid mereka. Roh ini akan dibawa ke
mana-mana. Menjadi senjata yang menawan orang yang ingin belajar. Tidak kira di
sekolah, rumah atau ketika berhubung dalam anggota masyarakat, seorang guru
akan memastikan diri tampil dengan roh yang saya sebutkan ini.
Dalam artikel yang sedang and abaca, saya ingin membawa alur
penceritaan yang sedikit berbeza. Selalu kita menyebut mengenai guru-guru yang
diingati itu biasanya insan yang mengajar ketika seseorang murid sudah di
bangku menengah tetap kita terlupa tentang peranan guru-guru yang memberikan
kita asas pendidikan. Hal ini saya sebutkan kerana menjadi kelaziman sikap
sebahagian murid yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti akan menemui guru-guru mereka sewaktu mereka tingkatan lima dan
mengucapkan terima kasih berulang kali, minta halalkan ilmu dan sebagainya.
Persoalan saya di sini, siapa yang mengingati pengorbanan guru
sebelum-sebelumnya? Mereka juga wajar dihargai dan diletakkan di tempat yang
sama tinggi dengan guru-guru di peringkat sekolah menengah. Suka saya mengajak
pembaca artikel menyedari bahawa “guru tadika sama penting!”
MEMBAWA MASYARAKAT KE SEKOLAH
Seorang guru yang
baik akan memperhalusi sikap anak-anak. Menyedarkan kepentingan hidup
bermasyarakat. Terutama sekali di negara kita yang berlatarkan kepelbagaian
kaum. Saya melihat peranan guru tadika di sini cukup penting iaitu memupuk
kesederhanaan sikap dan menanam rasa hormat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Bagai pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya!”
DARIPADA ZERO KE HERO
Membaca serta
menulis tidak kiralah dengan apa jenis teknik sama ada kaedah “Cepat Baca” atau
“I Can Read”, semuanya bermula daripada seorang pendidik yang bertungkus-lumus
berusaha melengkapi kehendak murid dan memberikan seratus peratus kefahaman
mereka untuk mendidik. Jadi, seorang guru tadika memang hebat. Mereka mendidik
seseorang yang tidak tahu menjadi tahu.
Selamat atau aman adalah satu keperluan yang diinginkan
ibu bapa. Tahu atau tidak bahawa menjadi guru tadika bererti dia perlu meneliti
keselamatan anak-anak baik persekitaran tempat anak-anak belajar mahupun
psikologi anak-anak itu sendiri. Keselamatan anak-anak ini juga menjadi faktor
perkembangan anak-anak. Kesimpulannya, anak-anak biasanya tidak tahu mengapa
mereka melakukan sesuatu perkara. Bahkan apabila dia sudah besar dan mendapat
sijil, dia masih belum benar-benar tahu rasional dan justifikasi perasaan
terhutang ilmu kepada sesetengah guru. Tidak kiralah guru itu mendidik anda di
tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah, mereka telah menghasilkan
sebahagian dari diri anda.
MENIUPKAN BUDAYA ILMU
Ingin menjadi seorang guru tadika hendaklah harus kreatif dalam
menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan. Hal ini diteguhkan melalui
refleksi tumpuan kanak-kanak yang boleh bertahan dalam dalam tempoh 15 minit
(paling lama). Jadi, dengan itu guru tadika akan berusaha mewujudkan aktiviti
bermain, menari, menyanyi dan berdrama tetapi masih lagi menerapkan nilai-nilai
ilmu yang sejajar dengan perkembangan kanak-kanak.
MEMPERKENALKAN BUKU
Guru yang baik
akan berusaha mengadakan perpustakaan mini yang kaya dengan buku-buku berbentuk
agama, cerita-cerita berteraskan moral dan buku-buku pengetahuan am seperti
ensiklopedia dinosaur yang pastinya memberikan tarikan kepada kanak-kanak.
Jadi, jangan Tanya macam mana seorang kanak-kanak atau anda sendiri boleh
berminat membaca buku-buku. Semuanya dimulakan dengan insan yang bergelar guru.
MEMASTIKAN ANAK-ANAK SELAMAT
MEGA DRIVE | Casino Games | Dr. MSD
BalasPadamMEGA DRIVE. Play Casino Games Online. Play the best Casino Games Online 경기도 출장마사지 by Dr. MSD 남원 출장안마 online today. 성남 출장안마 Choose from hundreds of Slots, Blackjack, Roulette, 안양 출장안마 Video 밀양 출장마사지