Jumaat, 14 September 2018

MASALAH PERTUTURAN KANAK-KANAK


Seorang manusia akan mula mengalami perkembangan pertuturan sebaik sahaja dia boleh mendengar walaupun masih tidak boleh bertutur. Itu bermaksud, bayi dalam kandungan sudah mulai belajar pelbagai perkara yang dikatakan kepadanya. Sebab itu ibu mengandung digalakkan memperdengarkan muzik kepada bayi sejak dalam kandungan bagi merangsang sel-sel otak bayi.

Empat peringkat teori Piaget menyatakan bahawa, pada peringkat kelahiran, segala percakapan yang didengari bayi akan direkodkan dalam otaknya. Di simpan sehingga sampai suatu masa, bayi tersebut mulai bertutur menggunakan perkataan-perkataan yang pernah di dengarnya.

Pendidikan dalam bidang awal kanak-kanak pati akan menjumpai kes-kes seperti anak murid pelat. Guru pendidikan awal kanak-kanak akan bertuah sekiranya hanya ada satu atau dua orang murid pelat di dalam kelas mereka. Hal ini berkaitan dengan pendedahan cara pertuturan yang diberikan kepada bayi di peringkat awal. Maksudnya cara orang dewasa di sekelilingnya berkomunikasi sesama mereka dan juga terhadap bayi.

Jika ibu bapa bercakap menggunakan bahasa yang tidak betul, berkemungkinan besar kanak-kanak juga akan membesar dengan menggunakan bahasa yang tidak betul. Dalam hal ini ibu bapa tidak boleh menyalahkan anaknya dan orang lain kerana kanak-kanak telah didik sebegitu rupa sejak mereka lahir lagi. Oleh itu, ibu bapa seharusnya berhati-hati dalam menggunakan percakapan supaya anak-anak tidak mudah terikut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAINS UNTUK KANAK-KANAK

1.0    PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…      Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, ...