Khamis, 20 September 2018

PENDERAAN BAYI DAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA PADA TAHUN 2018


Sepanjang tahun ini, macam-macam kes anak kecil kena dera dengan pengasuh sehingga menyebabkan kecederaan da nada juga yang sampai meninggal dunia.

Kesian budak-budak itu. Tidak dapat membesar dan melihat dunia. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya ibu bapa kanak-kanak yang terlibat berganda lagi sedihnya.

1.      Ogos 2018 : Penderaan kanak-kanak di Taska

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan satu berita yang menjadi viral video rakaman CCTV yang menunjukkan dua guru mengasari kanak-kanak jagaan mereka di sebuah Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) yang beroperasi di Taman Tasik Utama, Ayer, Keruh, Melaka.



Video berkenaan memamaparkan guru tersebut menampar seorang kanak-kanak sehingga jatuh dari kerusinya dan juga menampar kanak-kanak lain. Melihat kejadian itu, pengurus pusat asuhan kanak-kanak itu melaporkan kepada polis.

Dua guru tadika yang berusia 21 dan 40 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan. Walau bagaimanapun, pusat itu dibenarkan untuk beroperasi walaupun siasatan polis masih lagi dijalankan.

Semakan dibuat dan mendapati tadika yang mempunyai 23 kanak-kanak dan empat pekerja ini beroperasi secara sah serta berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri.



2.      Ogos 2018: Pengasuh beri alas an digigit nyamuk

Kejadian ini melibatkan bayi berusia 10 bulan di Alor Setar, Kedah. Difahamkan, ibu mangsa mengenali pengasuh terbabit melalui Wechat dan semasa menjemput anaknya, pengasuh memberitahu anaknya digigit nyamuk dan kemungkinan ada alahan. Pengasuh itu juga menyapu losyen pada seluruh badan keccil itu termasuk bahagian pipi.


Bila ibu mangsa menyedari lebam pada kedua-dua belah pipi, dia terus bawak jumpa doktor dan dimaklumkan bahawa anaknya berkemungkinan besar didera. Ibu bayi tersebut terus buat laporan polis sementara mangsa dimasukkan ke wad kanak-kanak HSB kerana mengalami masalah pendengaran. Pengasuh tersebut yang berusia 40-an dikatakan dekenakan tahanan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.



3.      Ogos 2018: Bayi tiga bulan patah tangan kena dera pengasuh

Bapa mangsa telah terima panggilan daripada pengasuh yang memberitahu anaknya itu sakit dan perlu datang mengambil bayinya itu. Tapi masa diambil, datuk bayi tersebut perasaan ada yang pelik terhadap cucunya itu dan pengasuh kata tangannya terseliuh.


Bila mendapat rawatan di hospital, ada kesan retakan pada tangan anaknya disebabkan dikilas dengan sangat kuat. Polis telah menahan pengasuh yang berusia 46 tahun untuk tujuan siasatan lanjut.


4.      Ogos 2018: Ibu magsa ketahui anak didera di facebook

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disyaki didera pengasuhnya dalam kejadian di Indahpura, Kulai, Johor Bharu dan disedari ibunya selepas menonton rakaman video anaknya didera telah viral dalam lama sosial Facebook.


Disebabkan tidak berpuas hati terhadap pengasuh, dia membuat laporan polis mengenai pengasuh yang berusia 62 tahun itu yang mula menjaga anaknya pada Disember lepas. Katanya, bayi tersebut akan dihantar setiap hari ahad dan akan diambil semula pada hari Jumaat di mana bayi itu akan bermalam di rumah pengasuh berkenaan.

Sebelum rakaman video viral, ibu bayi yang juga merupakan seorang suri rumah ada mendengar tentang reputasi buruk pengasuh tersebut dan tidak lagi menghantar anaknya ke situ sejak dua minggu sebelum kejadian.

5.      Julai 2018: Mayat Adam Rayqal disumbat dalam peti ais

Kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan pengasuh paling kejam pada tahun ini ialah kes Adam Rayqal. Pengasuh berkenaan memberitahu ibu mangsa bahawa Adam telah pun dijemput oleh bapanya tapi sebenarnya ianya tidak berlaku.


Bayi malang itu dijumpai di dalam peti ais di rumah dekat Jalan Nahoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak. Masa ditemui, Adam lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

Pengasuh berkenaan, Noor Aqilah Abd Rahman, 33 tahun telah pun dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah di atas kesalahan mendera sehingga menyebabkan kematian serta melupuskan mayat bagi tujuan menyembunyikan kematian.

Kita hanya boleh merasa simpati terhadap nasib yang terjadi terhadap adik Adam Rayqal tetapi kita tidak merasa kesedihan yang perlu ditanggung oleh keluarganya terutamanya ibu bapa adik Adam Rayqal.



Rabu, 19 September 2018

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubahan mengikur peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Shaffer (1999) dalam Azlia Abu Bakar (2005), merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrik seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2011), mentafsirkan perkembangan sebagai perubahandalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005), perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung kea rah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar (2005), perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diatur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

AKTIVITI YANG MENARIK UNTUK KANAK-KANAK



1.      BATANG AISKRIM


2.      BUBBLE WARP


3.      FUR BALLS


4.      FUR-STIKS


5.      GETAH IKAT RAMBUT


6.      IKAT BENANG


7.      JENGA SPAN


8.      KHEMAH DALAM RUMAH


9.      LUMBA GULI GUNA SPAN


10.   PAPAN GELONGSOR


11.  PENYEPIT BAJU


12.  PING-PONG BELON



13.  RACING TRACK

14.  COLOUR BLOCK


Selasa, 18 September 2018

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Setiap bayi yang lahir akan memiliki ciri yang pelbagai dan berbeza-beza. Perbezaan ini ada kemungkinan berlaku kerana mewarisi sifat-sifat fizikal ataupun tingkah laku ibu atau bapa atau mungkin juga daripada keturunan keluarga terdahulu, iaitu nenek moyang mereka. Ada dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu baka dan persekitaran.

Baka
Munn (1969) berpendapat bahawa baka merupakan ciri-ciri biologi yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan ciri keturunan (pewarisan). Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus tertentu pada kromosom yang berupa benang halus mengawal sifat tertentu seperti warna mata, kulit dan rambut. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA. DNA dan RNA tersebut membawa gen masing-masing yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan  menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap manusia. Benih yang baik akan menghasilkan benih yang baik

Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu akan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh, saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna kulit. Pengaruh baka terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak boleh dilihat daripada ciri-ciri berikut :

1.      Fizikal – Meliputi warna kulit, warna rambut, warna mata, jenis kumpulan darah dan saiz tubuh badan sepeti kurus atau gemuk. Jika ibu berkulit cerah, maka tidak mustahil bahawa kulit anak-anaknya yang dilahirkan juga cerah.

2.      Fisiologi – Tahap kesihatan kanak-kanak, iaitu ibu bapa yang sihat akan melahirkan anak-anak yang sihat dan begitulah sebaliknya. Namun begitu, status penyakit tidak berjangkit atau bawaan keturunan seperti diabetis, darah tinggi atau kekerdilan boleh dipengaruhi oleh baka.


3.      Sahsiah – sikap introvert atau ekstrovert. Personaliti introvert merujuk kepada sikap individu yang aktif, agresif dan suka bersosialisasi, manakala personaliti ekstrovert pula mempunyai sifat pasif, emosional, pendiam, pemalu dan kurang bersosialisasi. Kedua-dua ciri sahsiah ini juga berpunca daripada bawaan baka ibu bapa yang turun kepada anak-anak.

Persekitaran
            Munn (1969) menyatakan bahawa persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Persekitaran merujuk kepada pengalaman kanak-kanak ketika berinteraksi dengan seseorang individu baik di rumah, sekolah atau masyarakat. Faktor persekitaran dalam mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ini boleh dilihat sebelum (prenatal) dan selepas kelahiran (postnatal).

Isnin, 17 September 2018

BERMAIN PASIR UNTUK KANAK-KANAK (KINETIC SAND)


Anda mencari permainan anak-anak yang berfaedah?
Ingin melupakan anak-anak kita dengan gadjet dan menonton tv?

Kinetic sand in salah satu permainan yang menyeronokkan untuk anak-anak kita, malah memang memberi faedah kepada mereka. Pasti anak anda tidak lagi ketagih dengan gadjet malah menonton tv juga berkurang.



Apa itu Kinetik Sand?
-          Produk yang terkenal di USA dan Sweeden untuk pendidikan anak
-          Campuran 98% pasir + 2% polimer organic
-          Mudah melekat antara satu sama lain dan senang dileraikan
-          Bebas kotoran dan bebas habuk/ alergi
-          Tidak melekat dan tidak mengeras di tangan
-          Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dank e atas

Apa kebaikan bermain pasir untuk kanak-kanak

1.      Merangsang motor halus
·         Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak-anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika dipantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.



2.      Menjadikan deria lebih peka
·         Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan. Dengan pasir anak-anak akan menyentuh, memerah dan bermain dengan gembira.


3.      Menulis dan melukis
·         Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria.
·         Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4.      Pemikiran Kreatif
·         Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjagaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.
·         Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bagunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.



5.      Aktiviti ceria
·         Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ini. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina istana, bangunan, lebuhraya, binatang dan sebagainya.
·         Kesan: anak-anak dapat mengenali/ merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk mengendalikan alatan yang digunakan.



6.      Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial
·         Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tidak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak-anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak-anak.

Ahad, 16 September 2018

GURU TADIKA SAMA PENTING!



Seorang guru yang luar biasa tidak perlu bertanya bagaimana dia menjadi hebat! Dia sudah memiliki roh dan jiwa seorang guru. Dua perkara ini sudah cukup melengkapkan tubuh seseorang yang berperanan srbagai pendidik. Peranan mereka tidak hanya bersangkut paut mengenai kebolehan membuatkan murid-murid membaca atau menulis semata-mata. Sebaliknya dilihat terhadap impak yang Berjaya dihasilkan dalam diri anak murid mereka. Roh ini akan dibawa ke mana-mana. Menjadi senjata yang menawan orang yang ingin belajar. Tidak kira di sekolah, rumah atau ketika berhubung dalam anggota masyarakat, seorang guru akan memastikan diri tampil dengan roh yang saya sebutkan ini.

Dalam artikel yang sedang and abaca, saya ingin membawa alur penceritaan yang sedikit berbeza. Selalu kita menyebut mengenai guru-guru yang diingati itu biasanya insan yang mengajar ketika seseorang murid sudah di bangku menengah tetap kita terlupa tentang peranan guru-guru yang memberikan kita asas pendidikan. Hal ini saya sebutkan kerana menjadi kelaziman sikap sebahagian murid yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti akan menemui guru-guru mereka sewaktu mereka tingkatan lima dan mengucapkan terima kasih berulang kali, minta halalkan ilmu dan sebagainya. Persoalan saya di sini, siapa yang mengingati pengorbanan guru sebelum-sebelumnya? Mereka juga wajar dihargai dan diletakkan di tempat yang sama tinggi dengan guru-guru di peringkat sekolah menengah. Suka saya mengajak pembaca artikel menyedari bahawa “guru tadika sama penting!”


MEMBAWA MASYARAKAT KE SEKOLAH

            Seorang guru yang baik akan memperhalusi sikap anak-anak. Menyedarkan kepentingan hidup bermasyarakat. Terutama sekali di negara kita yang berlatarkan kepelbagaian kaum. Saya melihat peranan guru tadika di sini cukup penting iaitu memupuk kesederhanaan sikap dan menanam rasa hormat tanpa mengira bangsa mahupun agama. Bagai pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya!”


DARIPADA ZERO KE HERO

            Membaca serta menulis tidak kiralah dengan apa jenis teknik sama ada kaedah “Cepat Baca” atau “I Can Read”, semuanya bermula daripada seorang pendidik yang bertungkus-lumus berusaha melengkapi kehendak murid dan memberikan seratus peratus kefahaman mereka untuk mendidik. Jadi, seorang guru tadika memang hebat. Mereka mendidik seseorang yang tidak tahu menjadi tahu.


MENIUPKAN BUDAYA ILMU

            Ingin menjadi seorang guru tadika hendaklah harus kreatif dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan. Hal ini diteguhkan melalui refleksi tumpuan kanak-kanak yang boleh bertahan dalam dalam tempoh 15 minit (paling lama). Jadi, dengan itu guru tadika akan berusaha mewujudkan aktiviti bermain, menari, menyanyi dan berdrama tetapi masih lagi menerapkan nilai-nilai ilmu yang sejajar dengan perkembangan kanak-kanak.


MEMPERKENALKAN BUKU

            Guru yang baik akan berusaha mengadakan perpustakaan mini yang kaya dengan buku-buku berbentuk agama, cerita-cerita berteraskan moral dan buku-buku pengetahuan am seperti ensiklopedia dinosaur yang pastinya memberikan tarikan kepada kanak-kanak. Jadi, jangan Tanya macam mana seorang kanak-kanak atau anda sendiri boleh berminat membaca buku-buku. Semuanya dimulakan dengan insan yang bergelar guru.


MEMASTIKAN ANAK-ANAK SELAMAT

          Selamat atau aman adalah satu keperluan yang diinginkan ibu bapa. Tahu atau tidak bahawa menjadi guru tadika bererti dia perlu meneliti keselamatan anak-anak baik persekitaran tempat anak-anak belajar mahupun psikologi anak-anak itu sendiri. Keselamatan anak-anak ini juga menjadi faktor perkembangan anak-anak. Kesimpulannya, anak-anak biasanya tidak tahu mengapa mereka melakukan sesuatu perkara. Bahkan apabila dia sudah besar dan mendapat sijil, dia masih belum benar-benar tahu rasional dan justifikasi perasaan terhutang ilmu kepada sesetengah guru. Tidak kiralah guru itu mendidik anda di tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah, mereka telah menghasilkan sebahagian dari diri anda.  

Jumaat, 14 September 2018

MASALAH PERTUTURAN KANAK-KANAK


Seorang manusia akan mula mengalami perkembangan pertuturan sebaik sahaja dia boleh mendengar walaupun masih tidak boleh bertutur. Itu bermaksud, bayi dalam kandungan sudah mulai belajar pelbagai perkara yang dikatakan kepadanya. Sebab itu ibu mengandung digalakkan memperdengarkan muzik kepada bayi sejak dalam kandungan bagi merangsang sel-sel otak bayi.

Empat peringkat teori Piaget menyatakan bahawa, pada peringkat kelahiran, segala percakapan yang didengari bayi akan direkodkan dalam otaknya. Di simpan sehingga sampai suatu masa, bayi tersebut mulai bertutur menggunakan perkataan-perkataan yang pernah di dengarnya.

Pendidikan dalam bidang awal kanak-kanak pati akan menjumpai kes-kes seperti anak murid pelat. Guru pendidikan awal kanak-kanak akan bertuah sekiranya hanya ada satu atau dua orang murid pelat di dalam kelas mereka. Hal ini berkaitan dengan pendedahan cara pertuturan yang diberikan kepada bayi di peringkat awal. Maksudnya cara orang dewasa di sekelilingnya berkomunikasi sesama mereka dan juga terhadap bayi.

Jika ibu bapa bercakap menggunakan bahasa yang tidak betul, berkemungkinan besar kanak-kanak juga akan membesar dengan menggunakan bahasa yang tidak betul. Dalam hal ini ibu bapa tidak boleh menyalahkan anaknya dan orang lain kerana kanak-kanak telah didik sebegitu rupa sejak mereka lahir lagi. Oleh itu, ibu bapa seharusnya berhati-hati dalam menggunakan percakapan supaya anak-anak tidak mudah terikut.

SAINS UNTUK KANAK-KANAK

1.0    PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…      Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, ...