Rabu, 19 September 2018

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubahan mengikur peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Shaffer (1999) dalam Azlia Abu Bakar (2005), merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrik seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2011), mentafsirkan perkembangan sebagai perubahandalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005), perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung kea rah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar (2005), perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diatur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

AKTIVITI YANG MENARIK UNTUK KANAK-KANAK



1.      BATANG AISKRIM


2.      BUBBLE WARP


3.      FUR BALLS


4.      FUR-STIKS


5.      GETAH IKAT RAMBUT


6.      IKAT BENANG


7.      JENGA SPAN


8.      KHEMAH DALAM RUMAH


9.      LUMBA GULI GUNA SPAN


10.   PAPAN GELONGSOR


11.  PENYEPIT BAJU


12.  PING-PONG BELON



13.  RACING TRACK

14.  COLOUR BLOCK


Selasa, 18 September 2018

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Setiap bayi yang lahir akan memiliki ciri yang pelbagai dan berbeza-beza. Perbezaan ini ada kemungkinan berlaku kerana mewarisi sifat-sifat fizikal ataupun tingkah laku ibu atau bapa atau mungkin juga daripada keturunan keluarga terdahulu, iaitu nenek moyang mereka. Ada dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu baka dan persekitaran.

Baka
Munn (1969) berpendapat bahawa baka merupakan ciri-ciri biologi yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan ciri keturunan (pewarisan). Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus tertentu pada kromosom yang berupa benang halus mengawal sifat tertentu seperti warna mata, kulit dan rambut. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA. DNA dan RNA tersebut membawa gen masing-masing yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan  menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap manusia. Benih yang baik akan menghasilkan benih yang baik

Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu akan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh, saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna kulit. Pengaruh baka terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak boleh dilihat daripada ciri-ciri berikut :

1.      Fizikal – Meliputi warna kulit, warna rambut, warna mata, jenis kumpulan darah dan saiz tubuh badan sepeti kurus atau gemuk. Jika ibu berkulit cerah, maka tidak mustahil bahawa kulit anak-anaknya yang dilahirkan juga cerah.

2.      Fisiologi – Tahap kesihatan kanak-kanak, iaitu ibu bapa yang sihat akan melahirkan anak-anak yang sihat dan begitulah sebaliknya. Namun begitu, status penyakit tidak berjangkit atau bawaan keturunan seperti diabetis, darah tinggi atau kekerdilan boleh dipengaruhi oleh baka.


3.      Sahsiah – sikap introvert atau ekstrovert. Personaliti introvert merujuk kepada sikap individu yang aktif, agresif dan suka bersosialisasi, manakala personaliti ekstrovert pula mempunyai sifat pasif, emosional, pendiam, pemalu dan kurang bersosialisasi. Kedua-dua ciri sahsiah ini juga berpunca daripada bawaan baka ibu bapa yang turun kepada anak-anak.

Persekitaran
            Munn (1969) menyatakan bahawa persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Persekitaran merujuk kepada pengalaman kanak-kanak ketika berinteraksi dengan seseorang individu baik di rumah, sekolah atau masyarakat. Faktor persekitaran dalam mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ini boleh dilihat sebelum (prenatal) dan selepas kelahiran (postnatal).

Isnin, 17 September 2018

BERMAIN PASIR UNTUK KANAK-KANAK (KINETIC SAND)


Anda mencari permainan anak-anak yang berfaedah?
Ingin melupakan anak-anak kita dengan gadjet dan menonton tv?

Kinetic sand in salah satu permainan yang menyeronokkan untuk anak-anak kita, malah memang memberi faedah kepada mereka. Pasti anak anda tidak lagi ketagih dengan gadjet malah menonton tv juga berkurang.



Apa itu Kinetik Sand?
-          Produk yang terkenal di USA dan Sweeden untuk pendidikan anak
-          Campuran 98% pasir + 2% polimer organic
-          Mudah melekat antara satu sama lain dan senang dileraikan
-          Bebas kotoran dan bebas habuk/ alergi
-          Tidak melekat dan tidak mengeras di tangan
-          Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dank e atas

Apa kebaikan bermain pasir untuk kanak-kanak

1.      Merangsang motor halus
·         Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak-anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika dipantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.



2.      Menjadikan deria lebih peka
·         Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan. Dengan pasir anak-anak akan menyentuh, memerah dan bermain dengan gembira.


3.      Menulis dan melukis
·         Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria.
·         Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4.      Pemikiran Kreatif
·         Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjagaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.
·         Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bagunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.



5.      Aktiviti ceria
·         Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ini. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina istana, bangunan, lebuhraya, binatang dan sebagainya.
·         Kesan: anak-anak dapat mengenali/ merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk mengendalikan alatan yang digunakan.



6.      Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial
·         Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tidak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak-anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak-anak.

Ahad, 16 September 2018

GURU TADIKA SAMA PENTING!



Seorang guru yang luar biasa tidak perlu bertanya bagaimana dia menjadi hebat! Dia sudah memiliki roh dan jiwa seorang guru. Dua perkara ini sudah cukup melengkapkan tubuh seseorang yang berperanan srbagai pendidik. Peranan mereka tidak hanya bersangkut paut mengenai kebolehan membuatkan murid-murid membaca atau menulis semata-mata. Sebaliknya dilihat terhadap impak yang Berjaya dihasilkan dalam diri anak murid mereka. Roh ini akan dibawa ke mana-mana. Menjadi senjata yang menawan orang yang ingin belajar. Tidak kira di sekolah, rumah atau ketika berhubung dalam anggota masyarakat, seorang guru akan memastikan diri tampil dengan roh yang saya sebutkan ini.

Dalam artikel yang sedang and abaca, saya ingin membawa alur penceritaan yang sedikit berbeza. Selalu kita menyebut mengenai guru-guru yang diingati itu biasanya insan yang mengajar ketika seseorang murid sudah di bangku menengah tetap kita terlupa tentang peranan guru-guru yang memberikan kita asas pendidikan. Hal ini saya sebutkan kerana menjadi kelaziman sikap sebahagian murid yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti akan menemui guru-guru mereka sewaktu mereka tingkatan lima dan mengucapkan terima kasih berulang kali, minta halalkan ilmu dan sebagainya. Persoalan saya di sini, siapa yang mengingati pengorbanan guru sebelum-sebelumnya? Mereka juga wajar dihargai dan diletakkan di tempat yang sama tinggi dengan guru-guru di peringkat sekolah menengah. Suka saya mengajak pembaca artikel menyedari bahawa “guru tadika sama penting!”


MEMBAWA MASYARAKAT KE SEKOLAH

            Seorang guru yang baik akan memperhalusi sikap anak-anak. Menyedarkan kepentingan hidup bermasyarakat. Terutama sekali di negara kita yang berlatarkan kepelbagaian kaum. Saya melihat peranan guru tadika di sini cukup penting iaitu memupuk kesederhanaan sikap dan menanam rasa hormat tanpa mengira bangsa mahupun agama. Bagai pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya!”


DARIPADA ZERO KE HERO

            Membaca serta menulis tidak kiralah dengan apa jenis teknik sama ada kaedah “Cepat Baca” atau “I Can Read”, semuanya bermula daripada seorang pendidik yang bertungkus-lumus berusaha melengkapi kehendak murid dan memberikan seratus peratus kefahaman mereka untuk mendidik. Jadi, seorang guru tadika memang hebat. Mereka mendidik seseorang yang tidak tahu menjadi tahu.


MENIUPKAN BUDAYA ILMU

            Ingin menjadi seorang guru tadika hendaklah harus kreatif dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan. Hal ini diteguhkan melalui refleksi tumpuan kanak-kanak yang boleh bertahan dalam dalam tempoh 15 minit (paling lama). Jadi, dengan itu guru tadika akan berusaha mewujudkan aktiviti bermain, menari, menyanyi dan berdrama tetapi masih lagi menerapkan nilai-nilai ilmu yang sejajar dengan perkembangan kanak-kanak.


MEMPERKENALKAN BUKU

            Guru yang baik akan berusaha mengadakan perpustakaan mini yang kaya dengan buku-buku berbentuk agama, cerita-cerita berteraskan moral dan buku-buku pengetahuan am seperti ensiklopedia dinosaur yang pastinya memberikan tarikan kepada kanak-kanak. Jadi, jangan Tanya macam mana seorang kanak-kanak atau anda sendiri boleh berminat membaca buku-buku. Semuanya dimulakan dengan insan yang bergelar guru.


MEMASTIKAN ANAK-ANAK SELAMAT

          Selamat atau aman adalah satu keperluan yang diinginkan ibu bapa. Tahu atau tidak bahawa menjadi guru tadika bererti dia perlu meneliti keselamatan anak-anak baik persekitaran tempat anak-anak belajar mahupun psikologi anak-anak itu sendiri. Keselamatan anak-anak ini juga menjadi faktor perkembangan anak-anak. Kesimpulannya, anak-anak biasanya tidak tahu mengapa mereka melakukan sesuatu perkara. Bahkan apabila dia sudah besar dan mendapat sijil, dia masih belum benar-benar tahu rasional dan justifikasi perasaan terhutang ilmu kepada sesetengah guru. Tidak kiralah guru itu mendidik anda di tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah, mereka telah menghasilkan sebahagian dari diri anda.  

Jumaat, 14 September 2018

MASALAH PERTUTURAN KANAK-KANAK


Seorang manusia akan mula mengalami perkembangan pertuturan sebaik sahaja dia boleh mendengar walaupun masih tidak boleh bertutur. Itu bermaksud, bayi dalam kandungan sudah mulai belajar pelbagai perkara yang dikatakan kepadanya. Sebab itu ibu mengandung digalakkan memperdengarkan muzik kepada bayi sejak dalam kandungan bagi merangsang sel-sel otak bayi.

Empat peringkat teori Piaget menyatakan bahawa, pada peringkat kelahiran, segala percakapan yang didengari bayi akan direkodkan dalam otaknya. Di simpan sehingga sampai suatu masa, bayi tersebut mulai bertutur menggunakan perkataan-perkataan yang pernah di dengarnya.

Pendidikan dalam bidang awal kanak-kanak pati akan menjumpai kes-kes seperti anak murid pelat. Guru pendidikan awal kanak-kanak akan bertuah sekiranya hanya ada satu atau dua orang murid pelat di dalam kelas mereka. Hal ini berkaitan dengan pendedahan cara pertuturan yang diberikan kepada bayi di peringkat awal. Maksudnya cara orang dewasa di sekelilingnya berkomunikasi sesama mereka dan juga terhadap bayi.

Jika ibu bapa bercakap menggunakan bahasa yang tidak betul, berkemungkinan besar kanak-kanak juga akan membesar dengan menggunakan bahasa yang tidak betul. Dalam hal ini ibu bapa tidak boleh menyalahkan anaknya dan orang lain kerana kanak-kanak telah didik sebegitu rupa sejak mereka lahir lagi. Oleh itu, ibu bapa seharusnya berhati-hati dalam menggunakan percakapan supaya anak-anak tidak mudah terikut.

Selasa, 11 September 2018

TEKNOLOGI SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN


Permainan kanak-kanak mengalami evolusi dengan kemunculan permainan digital atau berkomputer seperti kereta kawalan jauh, Playstation , GameBoy atau alat sekecil brickgame.

Overmars (2004) dalam kajiannya mengutarakan pendapat adalah wajar seandainya menggunakan reka bentuk permainan berkomputer sebagai satu medium untuk pengajaran sains komputer.

Menurut Kushner (2003) dalam kajiannya terdapat tiga elemen penting yang dititikberatkan dalam pembinaan permainan komputer iaitu pertama, sumber-sumber yang melibatkan grafik dan bunyi, kedua ialah fail-fail yang melibatkan aturan grafik dan ketiganya adalah enjin permainan yang melibatkan pengawalan setiap grafik dan bunyi.

Overmars (2004) pula berpendapat bahawa pembangunan permainan berkomputer melibatkan banyak aspek pengkomputeran termasuklah komputer grafik, kepintaran buatan, interaksi komputer- manusia, keselamatan,pemprograman teragih, simulasi dan kejuruteraan perisian.

Industri permainan berkomputer

Industri permainan dunia menawarkan hasil lumayan apabila dianggarkan ia bernilai RM 197.6 bilion pada 2007 manakala kemajuan dalam bidang komunikasi generasi ketiga (3G) dan WiMAX meningkatkan lagi permintaan terhadap kandungan multimedia dan aplikasi perdagangan mudah alih (Hizral Tazzif Hisham,2005).

Datuk Dr Mohd Arif Nun, berkata syarikat Malaysia terutama yang terbabit dalam industri pembangunan kandungan, perlu merebut peluang yang ada kerana kini terdapat permintaan tinggi untuk kandungan tempatan pada peringkat global.

Menurut Kamil Othman, timbalan pengarah bahagian kreatif multimedia, Multimedia Development Corporation (MDC), industri permainan komputer dan video bukanlah semata-mata untuk hiburan atau main-main tetapi mempunyai sumbangan kepada perkembangan ekonomi dan pendidikan

Permainan berkomputer

1.      Permainan pendidikan di Malaysia

Banyak permainan berteknologi telah digunakan sebagai daya tarikan untuk belajar dan berhibur.

Contohnya permainan berkomputer menggunakan teknologi tinggi berkonsepkan pendidikan di Malaysia yang mendapat sambutan antaranya di Petro Sains, Kuala Lumpur Central Centre (KLCC) seperti simulasi helikopter, simulasi pemanduan kereta kelajuan tinggi, makmal kimia maya dan permainan hidupan dalam air.

Membantu dalam konteks pendidikan sambil berhibur di mana pengunjung diberi pengalaman sambil mempelajari maklumat dengan lebih menarik.


2.      Permainan komputer dalam pembelajaran

Menurut Overmars (2005), permainan yang efektif dan berkesan adalah permainan yang mempunyai peraturan yang lengkap dan adil, memerlukan pemikiran logik dan sedikit pengiraan. Permainan merupakan sesuatu yang menyeronokkan lebih dari bekerja kerana mempunyai impak yang tinggi.

Kita mempelajari dan membangunkan sesuatu perkara melalui permainan adalah lebih mudah. Permainan berkomputer yang disimulasikan dalam realiti nyata adalah jauh berbeza daripada permainan yang dibangunkan khusus untuk komputer.

Terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari daripada antara muka permainan yang boleh diaplikasikan dalam rekabentuk interaksi manusia-komputer. Kloffer (2005) pula, manggariskan elemen permainan video yang mempunyai potensi sebagai alat pembelajaran berkesan adalah seperti berikut :

Ø  Direka bentuk untuk memotivasikan pemainan video mempelajari sesuatu dengan berjaya dan meningkatkan kemahiran dan strategi.
Ø  Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah
Ø  Permainan atas talian menggalakkan kolaborasi dan komunikasi
Ø  Membangunkan spatial memori dan kemahiran merancang.


Impak permainan berkomputer
1.      Positif

ž  Bermain permainan video memberi faedah untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan motor.
ž  Pembelajaran yang berorintasikan permainan lebih mudah digunakan dan senag difahami.
ž  Nilai-nilai dari aspek psikologi pelajar seperti pelajar lebih bertindakbalas dan lebih bermotivasi.
ž  Contoh permainan bercorak pendidikan bercorak pendidikan yang digunakan di dalam bilik darjah sekarang ialah SimCity, Railroad Tycoon dan Civilization III.
ž  Pelajar belajar dengan cepat melalui permainan.
ž  Permainan berkomputer merupakan salah satu cara untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran dari segi pembangunan kemahiran kognitif pelajar disamping menyeronokkan.

2.      Negatif

ž  Kebanyakkan remaja banyak menghabiskan masa bermain video adalah lebih agresif, suka melawan orang tua dan ketinggalan dalam pendidikan.
ž  Remaja lelaki lebih banyak membazirkan masa menghadap permainan video.
ž  Di Columbine satu tragedi telah berlaku pada tahun 1999 yang melibatkan dua pembunuhan remaja bertindak membunuh 12 pelajar dan seorang guru juga didakwa mempunyai kaitan dengan pengaruh keganasan di dalam permainan video.

Permainan berkomputer dalam pendidikan mempunyai kesan positif dan negetif, walau bagaimanapun pendekatan, ciri dan corak permainan tersebut sebenarnya menentukan kesan pendidikan terhadap kanak-kanak dan remaja.

Permainan video di Malaysia mestilah mempunyai satu inovasi baru yang mempunyai elemen membina modal insani selain menghiburkan. Kanak-kanak dan remaja sememangnya memerlukan hiburan dalam kehidupan mereka. Dengan itu, pendidikan yang baik dan menghiburkan amatlah diperlukan bersesuaikan dengan revolusi era digital. Ini kerana pendidikan awal kanak-kanak atau generasi muda menentukan kepimpinan dan corak negara pada masa hadapan.



SAINS UNTUK KANAK-KANAK

1.0    PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…      Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, ...